Hari Jadi TYT: Persiapan lancar

KUCHING: Semua persiapan istiadat perbarisan dan rapat raksaksa sempena hari lahir Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-78 di Padang Merdeka, di sini, pada 12 Oktober ini berjalan dengan baik.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setelah beliau menyaksikan raptai terakhir bagi perbarisan dan rapat raksaksa itu.

“Hari ini saya melihat semuanya berjalan dengan baik, saya merakamkan terima kasih kepada semua mereka yang terlibat,” katanya.

Abdul Karim berkata, ini termasuk anggota Jabatan Pertahanan Awam, tentera, polis dan badan beruniform lain serta semua kontinjen dan yang terlibat membuat persembahan.

“Harapan saya pada 12 Oktober ini cuaca juga seperti hari ini baik,” katanya.