ROBAN: Ibu bapa perlu mengawal anak-anak mereka yang menggunakan pelbagai gadget ketika di rumah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata ini kerana masalah akan timbul sekiranya penggunaan teknologi terbabit tidak dikawal.
“Ketika ini masa anak-anak kita 60 peratus dihabiskan di rumah dengan gajet yang ada,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-Sekolah Zon Roban Tahun 2024/1445H di Sekolah Kebangsaan (SK) Lichok, di sini, hari ini.
Mohamad Duri berkata, walaupun tidak dapat lari dari kemajuan teknologi ini tetapi ibu bapa mesti berupaya mengawalnya dengan bijak.
Sementara itu, seramai sembilan pelajar dari empat sekolah Zon Roban menyertai majlis terbabit.
Seramai tiga pelajar dari SK Lichok Roban, tiga pelajar dari SJKC Chung Hua, dua pelajar (SK Sungai Pasir dan seorang (SK Brayang).
