Jadikan Al-Quran sebagai sahabat

IGAN: Umat Islam disaran agar menjadikan Al-Quran sebagai sahabat dan panduan hidup dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi memuji dan menyambut baik usaha pihak sekolah dalam membudayakan pembelajaran Al-Quran dalam kalangan pelajar bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu malah berakhlak mulia.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Igan hari ini.

Majlis ini melibatkan seramai 31 peserta daripada SK Agama Igan yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran.

Selain melambangkan komitmen komuniti setempat dalam mendidik generasi muda, majlis ini juga menjadi wadah dalam menghayati nilai-nilai murni melalui Al-Quran.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Dalat Magdaline Jon, Guru Besar SK Kampung Igan Mohamad Ali Kupon, Yang Dipertua PIBG SK Kampung Igan Marrydiyanti Hamidon dan Kaunselor Kampung Igan Isna Wahida Adeni.