Jalan titi kayu Kampung Trusan Jaya dinaik taraf

LUNDU: Projek menaik taraf sembilan jalan titi kayu kepada konkrit di Kampung Trusan Jaya, Sematan, di sini sudah 80 peratus siap dan dijangka siap lebih awal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, projek terbabit bermula 9 Julai 2024 dan dijadual siap 9 Julai 2025.

Kampung Trusan Jaya merupakan kampung pertama mendapat projek itu di kawasan Tanjong Datu dan agensi pelaksana ialah Majlis Daerah Lundu.

“Saya berterima kasih kepada Premier Sarawak yang meluluskan peruntukan untuk projek tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian projek terbabit di Kampung Trusan Jaya, Sematan, di sini.

Azizul berkata, projek terbabit di Kampung Sekambal pula sudah siap lima peratus siap manakala Kampung Stunggang dan Kampung Stunggang Melayu Baru akan bermula Januari 2025 serta Kampung Sileng Dayak dan Sg Lundu (Mei 2025).

Hadir sama , Pegawai Daerah Lundu, Awang Yusup Awang Mostapha. Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Lundu, Kaunselor Abdul Razak Abdul Wahab, Pegawai Khas ADUN Tanjong Datu, Khairul Datuk Sapuan dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Sematan, Mohd Ameerullah Roslan.