Kayuhan merdeka JKKK Kpg Sourabaya Ulu

KUCHING: Seramai 30 peserta hadir bagi memeriahkan program Kayuhan Santai Merdeka 2024 yang diadakan di Kampung Sourabaya Ulu, baru-baru ini.

Program yang julung kalinya diadakan ini mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat meskipun hujan sejak awal pagi.

Kayuhan Santai Merdeka sejauh 10 kilometer (km) bermula dari Esplanade Kampung Sourabaya Ulu – Kampung Pulo – Kampung Bintawa – Darul Hana hingga ke Kampung Boyan.

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan acara senamrobik dan cabutan bertuah.

Program ini juga diadakan sempena Karnival Hari Kelurga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sourabaya Ulu anjuran bersama Persatuan Pemancing Komuniti Sarawak, PGMED Unimas dan Belia 1828 Pantai Damai.

Turut hadir Timbalan Ketua Cawangan Parti PBB Pantai Damai, Merdehi Mas dan Ketua Kampung Nazri Abdul Rahman bagi menyempurnakan pelepasan Kayuhan Santai Merdeka 2024.