KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menghentikan semua kerja pembinaan bawah jabatan itu di kawasan diisytiharkan darurat jerebu.
Menurut kenyataan Cawangan Komunikasi Korporat JKR Sarawak, arahan itu berkuat kuasa sepanjang tempoh pengisytiharan darurat jerebu
sebagai langkah keselamatan.
“Semua kerja pembinaan yang terlibat dengan projek di bawah JKR Sarawak hendaklah dihentikan serta-merta,” menurut kenyataan itu.
JKR Sarawak menghargai kerjasama semua pihak terutama media membantu menyebarluaskan maklumat berkenaan kepada orang ramai dan pihak berkepentingan.
