Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City sumbang juadah berbuka puasa

MINDANAO: Pegawai dan kakitangan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, di sini bergotong-royong menyediakan sebanyak 200 pek bubur lambuk, di sini, baru-baru ini.

Bubur lambuk kemudian disumbangkan konsulat kepada komuniti Islam di Davao City.

Konsul Jeneral Malaysia, Deddy Faisal Ahmad Salleh berkata, pihak konsulat turut menyumbangkan sebanyak 200 pek juadah berbuka puasa kepada komuniti itu.

“Sumbangan tersebut diserahkan kepada Mufti Davao, Sheikh Muhamad Yusuf Pasigan dalam m majlis ringkas,” katanya.

Beliau berkata, program tersebut merupakan inisiatif tahunan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City yang bertujuan menyantuni serta memperkukuh hubungan dengan komuniti Islam di Davao.