SIBU: Majlis resepsi persandingan anak sulung lelaki Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, iaitu Aziq Azizi bersama pasangannya, Nurul Farhana Ati, berlangsung meriah di sebuah hotel di sini, malam ini.
Ketibaan Aziq, 31, yang bertugas sebagai jurutera merupakan anak kepada Ahmad Johnie dan Maimunah Jaron dan Nurul Farhana, 30, seorang usahawan kek lapis, ke Dewan Hotel RH diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad SAW serta diiringi ibu bapa kedua-dua mempelai.
Pasangan pengantin tampil segak dan anggun dengan Aziq mengenakan sut hitam, manakala Nurul Farhana mengenakan gaun putih.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat sebelum diteruskan dengan upacara tepung tawar oleh ibu bapa pengantin serta acara memotong kek perkahwinan.
Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan artis dari Semenanjung Malaysia, Sidi, serta kumpulan Sibu Buskers.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad.
Untuk rekod, Aziq dan Nurul Farhana selamat diijabkabul pada 13 Disember lalu di Dewan Serbaguna, Semop dan bersanding di Cinta Villa, Kampung Tian, Matu, keesokan.
