Masjid DUN Kabong terima peruntukan beli lembu korban

KABONG: Lima masjid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM120,000 bagi melaksanakan ibadah korban tahun ini.

Masjid tersebut ialah Masjid Assabirin Kabong (RM40,000), Masjid Ar-Rahman Kampung Sessang (RM20,000), Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat (RM20,000), Masjid Lebai Mat Kampung Emplam (RM20,000) dan Masjid Tok Amal Kampung Nyabor (RM20,000).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, terpulang kepada jawatankuasa pengurusan masjid berkenaan untuk menguruskan peruntukan itu.

“Kita sendiri membeli lembu dan diagihkan kepada masjid-masjid serta surau di seluruh daerah ini,” katanya semasa menyampaikan cek peruntukan kepada penerima di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong, di sini, hari ini.

Turut menerima peruntukan ialah Jawatankuasa kemajuan dan kampung (JKKK) Empayang Baruh (RM35,000), Persatuan Pesara Kabong (RM10,000), Jawatankuasa Pengurusan Masjid Ar-Rahman Kampung Sessang (RM10,000), Jawatankuasa Komuniti dan Kemahiran KEMAS Saratok (RM5,000) serta Jawatankuasa Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) Kabong (RM5,000).