Masjid, surau pusat ilmu lahirkan masyarakat sejahtera

SIMANGGANG: Masjid dan surau selain tempat ibadah, rumah suci tersebut menjadi pusat penyatuan ummah, pembangunan generasi muda dan sokongan kepada golongan memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, peranan itu penting bagi melahirkan masyarakat berilmu, dan komuniti sejahtera.

“Inilah makna tema Maulidur Rasul tahun ini, Ummah Maju Makmur iaitu maju dari segi lahiriah, makmur dari segi rohaniah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sri Aman di Masjid Bandar Sri Aman, semalam.

Beliau berkata, sambutan Maulidur Rasul tidak berakhir dengan perarakan semata-mata, sebaliknya diterjemahkan melalui tindakan mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Kira-kira 1,400 peserta terdiri daripada 47 kontijen menyertai perarakan pada tahun ini memabitkan empat kategori.

Kategori A terdiri daripada Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun (15 kontinjen, Kategori B terdiri dariapda Persatuan dan Badan Swasta (enam kontinjen, Kategori C terdiri daripada Sekolah Rendah dan Menengah (tiga kontinjen) dan Kategori D terdiri daripada JKKK Masjid dan Surau (23 kontinjen).

Perarakan bermula dari Tebingan Sri Aman mengelilingi sekitar Kampung Tengah Sri Aman dan berpatah semula ke Masjid Bandar Sri Aman untuk majlis penangguhan, dan jarak perjalanan sejauh 3.6 kilometer.

Turut hadir sama iaitu Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang, Pemangku Pegawai Agama Islam Bahagian Sri Aman, Ustazah Ellysya Razali dan Temenggung Mohamad Shah Achang.