Masyarakat sejahtera matlamat KPWKK 2025

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWKK) akan terus komited dalam mewujud masa depan bagi wanita, kanak-kanak dan masyarakat mendapat sokongan, sumber serta peluang yang diperlukan.

Menteri KPWKK, Dato’ Sri Fatimah Abdullah dalam kenyataan di sini berkata, visi kementerian untuk tahun 2025 untuk membina masyarakat sejahtera.

Tahun depan KPWKK, katanya, akan melaksanakan dasar dan inisiatif bagi memupuk kesaksamaan gender, menjamin akses kepada kualiti pendidikan awal kanak-kanak dan menyokong menangani masalah kemasyarakatan untuk menambaik kesihatan, keselamatan dan kemakmuran.

“Wanita yang menjadi tonggak dalam kehidupan harus memastikan setiap kanak-kanak mendapat jalinan kasih sayang untuk membolehkan mereka bermula dengan kuat dan bersama masyarakat membina kesejahteraan,” katanya.

Melalui kolaborasi dengan pemimpin tempatan, pertubuhan dan rakan antarabangsa, KPWKK berhasrat mengukuhkan sistem bagi membantu rakyat dan menjamin tiada yang ketinggalan, katanya.

“Bersama kita membina masa depan yang baik dan inklusif dengan setiap individu mempunyai peluang merealisasikan potensi sepenuhnya,” tegas beliau.