SEMATAN: Lebih 100 ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menghadiri Mesyuarat Agung Pemilihan Ranting Parti PBB Kampung Tanah Hitam 1 dan 2 di dewan kampung itu, di sini, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan turut hadir demi memastikan kelancaran mesyuarat dan pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) ranting itu yang baharu bagi sesi 2024-2027.
Beliau menzahirkan terima kasih kepada AJK ranting itu yang telah berkhidmat untuk sesi 2022-2025 dan tidak mempertahankan jawatan untuk memberi laluan kepada pemimpin baharu.
“Semoga kesepakatan ini berterusan di masa akan datang dan pembangunan dapat diteruskan untuk manfaat penduduk Sematan dan sekitarnya,” katanya.
Hadir sama , Penghulu Zon Sematan Jumahdi Sabian, Ketua Kaum (KK) Tanah Hitam 1, Marizan Jamahari dan KK Tanah Hitam 2, Awang Helmi Awang Panji, Ketua Pergerakan Pemuda PBB N3 Tanjong Datu, Mohd Rhadzie Kassim dan AJK Cawangan N3 Tanjong Datu.
