KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) mengumumkan permohonan untuk TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2025 (Cohort 7) kini dibuka dengan rasmi.
TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp (TPAB) merupakan program intensif selama enam hari untuk melengkapkan peserta (anak Sarawak) dengan kemahiran dan pengetahuan penting yang diperlukan untuk membangun dan persediaan dalam perusahaan.
Program itu akan diadakan mulai 18 hingga 23 Ogos depan di Perkampungan Digital TEGAS.
Buat julung kali, TEGAS akan berkolaborasi dengan accelerator permula terkemuka Growth Charger bagi menjayakan bootcamp berkenaan.
Perkongsian baharu itu akan meningkatkan kepakaran dan kandungan dinamik kepada program terbabit bagi memastikan peserta menimba pengalaman dan mengguna peralatan sebenar untuk membangunkan perusahaan mereka.
Pengerusi TEGAS merangkap Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Ala Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp merupakan sebahagian daripada komitmen beterusan TEGAS untuk membangunkan belia Sarawak dan keusahawanan.
Inisiatif itu, katanya, bukan setakat untuk membina permulaan tetapi untuk membentuk generasi berfikiran tegas dan penyelesai masalah yang boleh mengubah nasib mereka dan menyumbang kepada pembangunan negeri termasuk ekonomi digital menjelang 2030.
Sementara itu, Pengarah dan Pengasas Bersama Growth Charger, Iskandar Shafi’i pula berkata, Growth Charger bangga kerana menjadi sebahagian daripada TPAB Cohort 7 dan berharap dapat bekerjasama dalam program seterusnya.
TPAB 2025 akan mengetengahkan bengkel yang diketuai pakar, menjejak pembangunan perniagaan, satu-ke-satu mentorship dan membina jaringan dengan pelabur, ahli korporat dan pemimpin inudtsri.
Permohonan untuk cohort 2025 kini dibuka dan ditutup pada 13 Julai 2025. Pemohon yang berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/TPAB2025.
