MPC,UNIMAS bangunkan profil rangka kerja industri hidrogen

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berkolaborasi bersama Institut Tenaga Lestari dan Diperbaharui (ISuRE), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam pembangunan profil awalan industri hidrogen.

Pengarah MPC Wilayah Sarawak, Dr Mazlina Shafi’i berkata, ini sebagai langkah permulaan kepada pembangunan rangka kerja peraturan yang lebih komprehensif selaras dengan aspirasi negara melalui Hydrogen Economy and Technology Roadmap (HETR).

“MPC komited dalam menyokong agenda kerajaan dalam membangunkan rangka kerja peraturan berdasarkan kepakaran dan pengalaman sedia ada bagi memperkasakan industri hidrogen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Bengkel Pemetaan dan Pembangunan Rangka Kerja dan Profil Awal Industri Hidrogen anjuran MPC Wilayah Sarawak DAN UNIMAS di sini, hari ini.

Mazlina menambah aspirasi MPC dalam menyediakan panduan bagi tadbir urus tenaga hidrogen ini akan melibatkan lebih banyak kerjasama jitu antara pihak kerajaan dan industri yang sekaligus akan menggalakkan pelaburan dalam dan luar negara.

Katanya, ini juga menambahbaik kedudukan Malaysia dalam World Competitiveness Ranking (WCR)
untuk Competitiveness Factor: Infrastructure (Energy Infrastructures Current Ranking: 20 dan Renewable Energies (%) Current Ranking: 53).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *