Jangan jual TOL, urus niaga tidak diiktiraf

BINTULU: Pemberian Lesen Pendudukan Sementara (TOL) merupakan kemudahan yang disediakan kerajaan bagi membantu rakyat memiliki tapak (lot) untuk membina rumah. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, justeru setiap penerima TOL harus memanfaatkan kemudahan itu sebaiknya untuk membina rumah. “Oleh itu, pemilik diiingatkam agar jangan menjual lot berkenaan kerana ia tidak boleh […]

Uggah minta ahli Parti PBB kekalkan perjuangan, terus sokong kepimpinan Premier

SIMANGGANG: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) disaran terus memperkukuhkan perpaduan, kesepakatan dan semangat perjuangan bagi memastikan kestabilan politik yang menjadi asas kepada kemajuan berterusan Sarawak terus dipelihara. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata kestabilan politik yang dinikmati negeri itu membolehkan kerajaan merancang serta melaksanakan pelbagai dasar dan projek pembangunan yang memberi […]

Empangan Bakun perkukuhkan autonomi Sarawak, percepat pelaksanaan hak MA63

KUCHING: Pengambilalihan sepenuhnya Empangan Hidroelektrik Bakun (HEB) memperkukuhkan autonomi Sarawak dalam mengurus aset strategik negeri, sekali gus membuktikan kemajuan berterusan pelaksanaan hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pemilikan penuh empangan hidroelektrik terbesar negara itu memberi kuasa kepada Sarawak untuk menentukan sendiri dasar […]

Anak Sarawak raih tempat pertama di NAICO Malaysia Net Zero Challenge 2026

SERDANG: Dua pelajar Kolej Universiti i-CATS (ICATS) anak Sarawak meraih tempat pertama dalam pertandingan NAICO Malaysia Net Zero Challenge 2026. Menurut kenyataan universiti itu, pelajar berkenaan, Lai Neng Yaw dan Vincent Law Hock Chun merupakan pelajar tahun pertama program Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa. Pertandingan tersebut dianjurkan National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO […]

Usaha, doa iringi kejayaan pelajar cemerlang SPM 2025, bukti ketabahan tanpa batas

KUCHING: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Petra Jaya menzahirkan rasa syukur atas sumbangan insentif yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Amar Fadillah Yusof. Seramai 150 pelajar cemerlang SPM 2025 di Parlimen Petra Jaya menerima sumbangan pada majlis Penyampaian Sumbangan Insentif Pelajar Cemerlang SPM […]

Kajian aliran trafik di Petra Jaya setiap 10 tahun

KUCHING: Kajian aliran trafik bagi mengatasi kesesakan lalulintas jalan raya akan terus dilakukan di kawasan Petra Jaya yang sedang pesat menikmati pembangunan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata ketika ini kajian terbabit dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) setiap 10 tahun berikutan pertambahan penduduk dan kenderaan menyebabkan kesesakan […]

Ride Mahabbah himpun peminat aktiviti permotoran sekitar Bintulu

BINTULU: Kira-kira 300 peserta yang meminati aktiviti permotoran berjaya dihimpunkan dalam Program Ride Mahabbah di sini, hari ini. Pengisian program termasuk takzirah penceramah jemputan, Habib Mohammad Mustofa Al Haddad, bacaan Ratib Al-Haddad, solat berjemaah, kuliah Maghrib, sesi santai bersama ikon permotoran serta konvoi ke Masjid Baru Tatau bagi solat Subuh berjemaah. Ahli Dewan Undangan Negeri […]

Penduduk Kampung Melaban bakal miliki dewan baharu, tapak dikenal pasti

KOTA SAMARAHAN: Pembinaan dewan baharu di Kampung Melaban dijangka dapat diteruskan selepas tapak projek dikenal pasti, sekali gus membolehkan permohonan mendapatkan semula peruntukan dikemukakan kepada kerajaan. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, kelulusan projek yang diperoleh pada 2024 sebelum ini tidak dapat diteruskan kerana isu berkaitan […]

Kapasiti kejururawatan perlu ditingkat menjelang 2028

KUCHING: Sarawak perlu meningkatkan kapasiti tenaga kejururawatan bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan susulan pertambahan jumlah warga emas apabila negeri ini dijangka menjadi negeri menua menjelang 2028. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kerajaan negeri melaksanakan kajian profil warga emas di seluruh Sarawak bagi merancang keperluan perkhidmatan kesihatan dan penjagaan […]

Persempadanan kerusi DUN Sarawak berkemungkinan tidak dapat dibentang tahun ini

KUCHING: Cadangan persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka hanya dapat dibentangkan di Parlimen tahun depan susulan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih perlu menyelesaikan beberapa proses dan prosedur yang ditetapkan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, berdasarkan maklumat diterima daripada SPR, proses persempadanan semula itu tidak sempat diselesaikan untuk dibentangkan pada […]