Nurjehan bawa pulang Ford Ranger MAGGI®️

KUCHING: Percubaan kedua Nurjehan Salleh dari Samarahan dalam kempen Gawai tahunan MAGGI®️ Jom Masak dan Menang Bersama membuahkan hasil apabila beliau diumumkan sebagai pemenang hadiah utama di sini, hari ini. Dengan kemenangan itu, Nurjehan membawa pulang sebuah Ford Ranger XL edisi terhad yang menampilkan rekaan khas berasaskan motif tempatan Sarawak. Pada tahun lalu, Norjihan turut […]

Institusi keluarga asas pembentukan masyarakat sejahtera – Hasidah

KUCHING: Majlis Keluarga Idaman Wanita Bahagia Hingga Ke Syurga memberi tumpuan kepada pengukuhan ilmu dan kemahiran wanita dalam membina kehidupan keluarga bahagia serta sejahtera. Seramai 300 peserta menghadiri program yang dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) […]

Maksimum 12 jam hantar bekalan air ke kawasan terjejas

KUCHING: Kerajaan Sarawak menetapkan tempoh maksimum 12 jam untuk bertindak menghantar bekalan air ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan itu. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tempoh ini ditetapkan selepas menerima aduan bagi memastikan keperluan asas penduduk terjamin ketika berlaku gangguan bekalan. “Arahan itu penting bagi memastikan setiap aduan berkaitan gangguan bekalan […]

337 lokasi blind spot telekomunikasi di Sarawak

BINTULU: Kerajaan Sarawak mengenal pasti sebanyak 337 lokasi blind spot telekomunikasi di sepanjang laluan utama negeri ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, berkata lokasi berkenaan termasuk di Lebuh raya Pan Borneo (LPB), Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua. Katanya, ini dikenal pasti menerusi kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Sarawak […]

Pemilik haiwan digalak lengkapkan vaksinasi rabies

LIMBANG: Sarawak meneruskan usaha membendung rabies melalui Program Vaksinasi Besar-Besaran. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, menerusi program itu vaksinasi anjing diberikan secara percuma setiap tahun. “Keutamaan diberikan kepada anjing peliharaan di kawasan bandar dan luar bandar. “Oleh itu, pemilik anjing dan kucing harus memastikan haiwan peliharaan […]

Proses bentuk kepimpinan bermula di peringkat belia

SARATOK: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak terus memainkan peranannya untuk kekal relevan membawa suara masyarakat ke peringkat kepimpinan. Timbalan Pergerakan Pemuda Parti PBB, Allan Siden Gramong berkata, penglibatan aktif golongan muda amat penting dalam mengenal pasti isu serta keperluan masyarakat di peringkat akar umbi. Menurutnya, program seperti Segulai Sejalai bukan sekadar medan […]

Internet satelit perkukuhkan komunikasi rumah panjang

BINTULU: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM5 juta menerusi Projek Connecting Jepak bagi memperkukuhkan capaian internet di 74 rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak menggunakan teknologi jalur lebar satelit. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, lapan rumah panjang dikenal pasti mempunyai kekuatan isyarat rendah, manakala ujian kelajuan menunjukkan capaian muat […]

Belia Sarawak perlu kuasai teknologi, berani terokai bidang baharu

SAMARAHAN: Belia Sarawak perlu menguasai teknologi, menjaga nilai dan akhlak serta berani meneroka bidang baharu bagi menghadapi perubahan ekonomi dan cabaran masa depan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kualiti belia sebagai penentu kepada usaha Sarawak menjadi sebuah wilayah termaju di Malaysia menjelang 2030. “Kita mahu rakyat Sarawak terdiri daripada […]

Sambutan Minggu Belia Sarawak 2026 catat pengiktirafan Malaysia Book of Records

SAMARAHAN: Sambutan Minggu Belia Sarawak 2026 mencatatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi kejayaan menghimpunkan komuniti barangan terpakai terbesar. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan itu menjadi platform menghimpunkan belia dari seluruh Sarawak bagi mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi generasi muda. “Sambutan Minggu Belia Sarawak pada […]

PRO-DR 2026 sasar 14 daerah, himpunkan 40 reruai

KUCHING: Jerayawara Project of Dreams Realized (PRO-DR) 2026 yang diadakan selama 29 hari menghimpunkan lebih 40 reruai pendidikan, TVET, pembiayaan dan kerjaya. Program berkenaan merentasi 14 daerah di Sarawak. Ia dianjurkan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) memasuki edisi ke-11 sejak diperkenalkan 2015. Menurut kenyataan TEGAS, bagi edisi […]