DARO: Projek naik taraf Pasar Rakyat Daro di sini, merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan Daro.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Safiee Ahmad berkata, projek yang berharga RM787,290
itu sekali gus memberi keselesaan dan kemudahan yang lebih baik kepada peniaga dan penduduk.
Beliau menyatakan bahawa projek itu bukan sahaja akan merancakkan ekonomi tempatan, malah dapat membuka peluang perniagaan yang lebih luas kepada usahawan kecil.
“Pasar Rakyat Daro kini lebih selesa dan moden, seiring dengan aspirasi kita untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Saya berharap peniaga memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada perasmian projek naik taraf pasar tersebut, petang semalam.
Katanya, projek naik taraf ini akan mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Pasar Rakyat Daro.
Projek naik taraf tersebut meliputi pembinaan bumbung baharu, penambahbaikan sistem saliran, ruang niaga yang lebih tersusun, serta kemudahan yang lain.
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Daro, Zul Usop, Setiausaha Majlis Daerah Matu Daro (MDMD), Chiong Siew Ping, Kr Hamden Taha dan Penghulu Abu Bakar Salleh
