ROBAN: Penantian penduduk di sini dan kawasan sekitarnya berakhir apabila perkhidmatan Mesin Kitar Semula Tunai (CRM) beroperasi sepenuhnya dekat sini.
CRM adalah mesin yang berfungsi sebagai gabungan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM). Ia membolehkan pengguna untuk mengeluarkan dan mendepositkan wang tunai dalam satu mesin yang sama.
CRM juga mampu mengira, menyaring dan menyusun semula wang tunai untuk digunakan semula oleh pengguna lain yang ingin mengeluarkan wang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, mesin ATM disediakan di Pejabat Daerah Kecil Roban, untuk
memberi manfaat kepada penduduk di kawasan sekitar.
“Sebelum ini penduduk terpaksa pergi ke Sarikei atau Saratok bagi melakukan urusan perbankan. Namun kini, kini mereka tidak perlu lagi pergi jauh,” katanya semasa melakukan tinjauan mesin ATM di Pejabat Daerah Kecil Roban, dekat sini.
Dalam pada itu, beliau yakin, mesin ATM mampu meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan berkenaan dan mewujudkan banyak peluang perniagaan.
