Penguasaan bahasa Inggeris jadikan pelajar lebih berdaya saing

KUCHING: Penguasaan bahasa Inggeris penting kepada pelajar yang akan berada dalam pasaran kerja tempatan mahupun antarabangsa.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ini kerana bahasa Inggeris memberikan akses kepada pelbagai sumber di internet dan memudahkan pemerolehan pengetahuan.

“Dalam jangka panjang, ini memastikan pelajar lebih berdaya saing dalam pasaran kerja, di peringkat tempatan dan antarabangsa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan Kursus Latihan Asas Dual Language Programme (DLP) Sarawak Tahun 5 2024 di sini, semalam.

Roland Sagah berkata, penguasaan asas dalam subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) peringkat rendah juga penting untuk menyediakan pelajar terbabit.

“Kita menyasarkan penglibatan serta pendaftaran sejumlah 60 peratus pelajar dalam bidang berkaitan STEM,”katanya