KUCHING: Kementerian Belia dan Sukan berhasrat melakukan pembaharuan peraturan bidang sukan sedia ada di negara ini yang agak terlalu lama dan perlu diubah mengikut peredaran masa kini.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ini penting kerana peraturan itu tidak kompetitif, negara ini akan ketinggalan dalam sukan SEA, sukan Asia dan juga sukan Olimpik.
“Kami bersama Majlis Sukan Negara (MSN) sedang meneliti perkara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan di Pusat Skuasy Sarawak di sini, sambil diiringi Ketua Kontijen Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu di Pusat Skuasy Sarawak di sini, hari ini.
Hannah berkata, pembaharuan itu akan dilakukan selepas Sukan Malaysia (SUKMA) XXI inj dan hanya beberapa jenis sukan akan terlibat sebagai projek perintis.
