BINTULU: Pasukan sepak takraw lelaki Sarawak memberikan aksi terbaik sebelum tewas kepada Johor dalam acara quadrant di SUKMA XXI Sarawak 2024 hari ini.
Skuad bimbingan Amir Abu Bakar, terdiri daripada Hamizan Baqi Saban, Muhammad Nazril Azhar, Ronalddinho Antau, dan Vindhelsen Petrus terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 kepada Johor di gelanggang C, Stadium Muhibah Bintulu di sini.
Johor yang mara ke suku akhir diwakili oleh Muhamad Hisyam Roslan, Muhammad Akmal Haziq Zakari, Muhammad Qayyum Anuar, dan Muhammad Shahizwan Mohd Shahid.
Manakala, beregu lelaki Sarawak juga tewas perlawanan pusingan ketiga berkumpulan kepada Negeri Sembilan dengan keputusan 2-0 dan menamatkan cabaran mereka untuk mara ke suku akhir.
