PERKIM disaran usahakan produk makanan tradisi

LAWAS: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Lawas digalak menjalankan perusahaan ekonomi berasaskan produk makanan tradisi di kawasan ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, ini kerana banyak produk makanan tradisi di Lawas boleh diusahakan secara kecil-kecilan dahulu.

“Banyak produk tradisi seperti sambal tahai boleh diusaha tetapi mesti mematuhi kualiti pasaran terbuka yang menitik berat aspek kebersihan serta keselamatan produk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Perkim Cawangan Lawas di sini.

Hadir sama Pengerusi Perkim Cawangan Lawas Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Exco Pergerakan Pemuda Parti PBB Sarawak Steve Lius yang mewakili Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Pemanca Matasan Pilus, Pemanca Tan Yong Hng.