LUNDU: Agensi Pembangunan Terkoordinasi Greater Kuching (GKCDA) memperuntukkan RM5 juta bagi projek jalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.
Projek membaik pulih dan menaik taraf jalan perhubungan desa terbabit di Kampung Telok Serabang ,Sebuloh, Seketi Cina , Tabuan Dayak. Sg Cina, Sampadi Cina dan Kampung Sebat Dayak.
Pelaksanaan projek di bawah Majlis Daerah Lundu dan Kontraktor Parakian Development Sdn Bhd itu bermula 24 Ogos 2024 dan dijangka siap 24 Ogos 2025.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, GKCDA akan membangun DUN Tanjong Datu menjadi Kota Pelancongan dan berterima kasih kepada Premier Sarawak yang melaksanakan dasar baharu melalui agensi terbabit.
“Mantan ADUN Tanjong Datu, Datin Patinggi Datuk AmarJamilah Anu yang menyarankan agar DUN Tanjong Datu diletakkan di bawah GKCDA,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Projek GKCDA di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu, di sini, hari ini.
Hadir sama ,Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pembangunan Terkoordinasi Greater Kuching (GKCDA ), Datu Ik Pahon, Pegawai Daerah Lundu, Awang Yusuf Awang Mostapha dan Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim serta Pemanca Bentani Suni dan Pemanca Benjamin Gersit Jais.
