LAWAS: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Ba’kelalan menghulur sumbangan bahan keperluan pejabat kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas di sini.
Exco SABERKAS Negeri Sarawak(Biro Kebajikan) Steve Lius berkata, barangan terbabit seperti pencetak, alat tulis dan kertas untuk membantu sekolah itu yang mengalami kebakaran Selasa lalu.
“Kami harap akan lebih banyak NGO tampil selepas ini untuk sama-sama membantu warga SMK Lawas,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas penyerahan sumbangan terbabit kepada Pengetua SMK Lawas,Tuah Adis.
Turut hadir ialah Exco Saberkas Negeri Sarawak(Pembangunan Usahawan) Awangku Bahar Pengiran Jini, Pengerusi Saberkas Cawangan Bakelalan, John Tua, Setiausaha Saberkas Bakelalan, Bidin Untong dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Nor Fazila Ibrahim.
