SIMUNJAN: Pesta Ujud Simunjan 2026 menjadi simbol warisan, identiti dan kebanggaan masyarakat.
Ahli Parlimen P200 Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, penganjuran pesta itu mencerminkan semangat kebersamaan serta perpaduan dalam menghargai budaya dan tradisi.
“Pesta Ujud bukan sekadar pesta tahunan, tetapi lambang warisan dan kebanggaan masyarakat Simunjan. Ia memberi peluang untuk menghargai budaya, menghidupkan permainan tradisional serta meneruskan warisan generasi terdahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Pesta Ujud Simunjan 2026, di sini, malam tadi.
Beliau sehubungan itu un menghargai usaha penganjur, sukarelawan dan masyarakat yang menjayakan Pesta Ujud 2026 walaupun lokasi acara berubah susulan projek Rancangan Tebatan Banjir.
Sehubungan itu, beliau berharap Pesta Ujud terus menjadi wadah memelihara budaya, mengeratkan perpaduan serta membuka peluang kepada komuniti tempatan melalui penyertaan belia dan aktiviti ekonomi setempat.
