Premier Sarawak hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Putrajaya, di sini, hari ini.

Mesyuarat lebih dua jam di Dewan Serbaguna, Kompleks Kementerian Kewangan itu bagi membincangkan pelbagai isu dan dipengerusikan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir, semua Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri diiringi Pegawai-Pegawai Kewangan masing-masing.

Sebelum bermulanya mesyuarat, Perdana Menteri dan semua pemimpin dibawa melawat Pameran Majlis Kewangan Negara 2025 di kompleks sama.