Premier Sarawak menghadap Yang di-Pertuan Agong

JOHOR BAHRU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pegawai Kewangan Negeri Johor Dato’ Mohd Noorazam Osman.

Manakala, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki mengiringi Premier Sarawak.

Pertemuan kira-kira sejam itu berlangsung dalam suasana penuh hormat.

Ia juga mencerminkan hubungan erat serta kerjasama yang terus terjalin antara kepimpinan Sarawak, Johor dan Kerajaan Persekutuan. – FB SARAWAKKU