Promosikan budaya Melanau guna platform digital

MIRI: Generasi muda Melanau disaran terus mempertahankan identiti, warisan budaya dan bahasa ibunda mereka.

Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, langkah ini untuk memanfaatkan platform digital.

“Manfaatkan platform digital sebagai medium mempromosikan budaya kepada generasi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perayaan Krismas 2025 dan Menyambut Tahun Baharu 2026 anjuran Persatuan Melanau Miri (PMM) yang juga dihadiri Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim di Dewan Balau, Wisma Melanau Miri, di sini, semalam.

Majlis itu turut menyaksikan penyampaian Anugerah Cemerlang Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak (PPMS) kepada Scolastica Antonia Steven atas pencapaian cemerlang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan dengan Kepujian dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).