Rampasan RM81.8 juta dicatat di Sarawak

KUCHING: Daripada nilai keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah RM98.4 juta di seluruh negara dari 1 Jun hingga 16 Jun, 2026, RM81.8 juta dicatatkan di Sarawak.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), CP Dato Sri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kejayaan rampasan dan sitaan itu hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) JKDNKA dari 1 Jun hingga 16 Jun lalu.

Rampasan dan sitaan itu dlaksanakan dalam 10 serbuan di Sarawak yang melibatkan kes sarang burung walit haram, katanya pada sidang media OBK JKDNKA di sini, hari ini.

Beliau berkata, ini merupakan kejayaan terbesar OBK melibatkan kes sarang burung walit dengan enam orang suspek berjaya ditahan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 33(1) dan Skesyen 33(2) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998, manakala rampasan dibuat di bawah Skesyen 48(1) Ordinan sama, katanya.

Beliau berkata, kesemua tangkapan diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut.

Ini kerana disyaki mengambil, mengumpul, menjual dan memiliki sarang burung yang boleh dimakan tanpa memiliki lesen yang sah daripada Pengawal Hidupan Liar Sarawak, katanya.

Kejayaan itu, tambahnya, berjaya melumpuhkan aktiviti pemprosesan dan perdagangan sarang burung walit secara haram untuk tujuan komersial di sekitar Kuching.

Mohd. Yusri berkata, sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ni (dari 1 Januari hingga 16 Jun), JKDNKA merekodkan sebanyak 255 kes di seluruh negara.

Ini melibatkan semua elemen di bawah jabatan dengan seramai 352 individu ditahan, manakala nilai rampasan dan siataan mencecah RM238.8 juta, katanya.

Pencapaian itu mencerminkan keberkesanan pendekatan penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan oleh setiap elemen JKDNKA dengan kerjasama erat rakan strategik penguatkuasaan, katanya.

Menurut beliau, sepanjang pelaksanaan OBK, seramai 62 individu berjaya ditahan kerana dysaki terlbat dalam pelbagai aktiviti yang menyalahi undang-undang berkaitan jenayah alam sekitar dan sumber khazanah negara.

Beliau menegaskan, antara barang rampasan utama adalah 223 ekor pelbagai jenis burung, 7,600 batang pelbagai jenis anak pokok, dua ekor tenggiling, 790 biji telur penyu, 4,238 ekor pelbagai jenis kura-kura dan 1,673 batang pelbagai jenus kayu balak.