Anak Sarawak perlu hargai bantuan Kerajaan Sarawak

LAWAS: Anak Sarawak harus menghargai segala bantuan dan inisiatif yang diberikan Kerajaan Sarawak untuk kesenangan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Datuk Paulus Palu Gumbang berkata mereka juga diharapkan tidak lalai termasuk pelajar mendapat bantuan pendidikan tinggi percuma di universiti tempatan.

“Saya harap mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana perbelanjaan yang banyak ini ditanggung kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Project of Dream Realized Roadshow(PRO-DR) 2026 di sini, hari ini.

Paulus mahu setiap bantuan dan inisiatif diberikan Kerajaan Sarawak dimanfaat sepenuhnya oleh anak Sarawak walau dimana mereka berada dan latar belakang mereka.

Katanya, ini penting dalam memastikan momentum agenda pembangunan Sarawak terus berada di landasan paling kukuh dan stabil ke arah negeri berpendapatan tinggi.