RECODA bantu tujuh KIR tingkatkan ekonomi

SEBUYAU: Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) menyerahkan bantuan peralatan kepada tujuh Ketua Isi Rumah (KIR) di daerah ini.

Bantuan di bawah Program Inisiatif Pendapatan Rakyat-Basmi Miskin Tegar (IPR-BMT) fasa kedua itu bagi KIR yang akan memulakan projek tanaman kontan, perikanan, jahitan dan pertanian fertigasi.

Menurut kenyataan RECODA, bantuan tersebut diserahkan pasukan Unit Pembangunan Sosioekonomi RECODA.

“Melalui IPR-BMT, RECODA komited dalam membantu golongan tidak berkemampuan meningkatkan taraf hidup mereka dengan menyediakan peluang ekonomi mampan dan pendapatan jangka panjang,” menurut kenyataan itu.

Inisiatif ini berhasrat untuk mengeluarkan peserta daripada kepompong kemiskinan serta membuka jalan ke arah kestabilan kewangan dan masa depan yang lebih cerah