RECODA, Ferroalloy bantu usahawan

LONG LAMA: Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) yang berkolaborasi dengan Sakura Ferroalloys Sdn Bhd berjaya menganjurkan dua majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Bario dan Long Lama.

Program COMMUNITY@SCORE di Bario diadakan pada 9 April dan di Long Lama (11 April).

Usahawan dari kawasan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HAD) menerima peralatan perniagaan untuk meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.

Penerima di Bario ialah Anne Mariam Peter dari Kampung Padang Pasir dan Rosemary Sabin dari Kampung Pa Ukat, manakala di Long Lama penerimanya ialah Nyipa Braim Hoshen dari Kampung Ong Sobeng dan Lekeen Eng (Kampung Sungai Dua).

Kerjasama itu melambangkan komitmen Sakura Ferroallloy dalam membangunkan masyarakat secara mampan dan membantu pertumbuhan ekonomi masyarakat di Bario dan Long Lama.

Majlis penyerahan sumbangan di Bario disempurnakan Timbalan Menteri Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek, Datuk Gerawat Gala.

Manakala, majlis penyerahan sumbangan di Long Lama disempurnakan oleh Penghulu Desmond Yap yang mewakili ADUN Telang Usan, Dato Dennis Ngau.

Sungguhpun sumbangan itu nampaknya kecil tetapi memberi makna besar dalam membangunkan ekonomi tempatan, kata Gerawat.

RECODA menzahirkan terima kasih kepada Sakura Ferroalloy atas sumbangan berkenaan. Sakura Ferroalloy adalah satu daripada pelabur di Taman Perindustrian Samalaju, Bintulu.

Hadir sama Pengurus Unit Pelaburan Swasta RECODA, Lulu Law, wakil Sakura Ferroalloy, Chelse4a Kennedy dan Rose Bibi Mawan dan Pengarah Wilayah HAD, Juan Ubit.