MIRI: Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) melancarkan Program Pembangunan Profesional Berterusan Industri (iCPD), di sini, hari ini.
Menurut kenyataan RECODA, Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyempurnakan majlis pelancaran terbabit.
“RECODA mengukuhkan semula komitmen untuk meningkatkan kemahiran, memupuk kerjasama dan meningkatkan kebolehpasaran melalui program iCPD,” kata kenyataan itu.
Selain itu, program EMPLOY@SCORE RECODA telah memberi manfaat kepada 1,137 anak muda Sarawak dan menangani masalah pengangguran secara langsung.
