RM1.6 juta untuk Sejambak Kasih Aidilfitri

KOTA SAMARAHAN: Seramai 16,118 penerima di seluruh Sarawak menerima bantuan sempena Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2025 bagi meringankan beban kewangan menjelang Hari Raya.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM1,611,800 bagi tujuan tersebut.

”Penerima bantuan ini melibatkan pelbagai bahagian di Sarawak, termasuk Kuching seramai 4,465 orang, Samarahan (2,436), Serian (250), Sri Aman (546), Betong (2,398), Sarikei (376), Sibu (762), Mukah (2,365), Kapit (51), Bintulu (516), Miri (738) dan Limbang (1,215),” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2025 bagi Bahagian Samarahan yang berlangsung di Masjid An-Najah Asajaya, hari ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sebagai simbolik penyampaian, seramai 200 penerima bantuan kebajikan bulanan dari Bahagian Samarahan hadir menerima sumbangan tersebut secara fizikal dalam majlis berkenaan.

Sementara itu, katanya sumbangan RM100 akan dikreditkan terus ke akaun penerima yang tidak dapat hadir.

Program tahunan ini merupakan inisiatif JKM dalam memastikan golongan yang memerlukan tidak terpinggir dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri.