BARCELONA: Sebuah syarikat pakar dalam penyelesaian kecerdasan buatan (AI) untuk sektor jagaan kesihatan, Llamalitica dan Pusat AI Sarawak (SAIC), menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU).
Perjanjian itu untuk bekerjasama membangun dan melaksanakan peralatan AI bertujuan meningkatkan penyampaian dan membaiki mutu jagaan kesihatan masyarakat di bandar dan luar bandar.
Perjanjian strategik itu selari dengan agenda memperluaskan transformasi digital Sarawak dengan matlamat untuk meletakkan negeri ini sebagai peneraju AI dan teknologi maju wilayah.
Kerjasama itu dipersetujui semasa penyertaan Sarawak dalam Mobile World Congress (MWC) 2026 di Barcelona, dengan Sarawak mengetengahkan keutamaan pelaburan sehingga 2030. Ia fokus kepada membina infrastruktur digital, kesalinghubungan, inovasi AI dan teknologi dalam perkhidmatan awam.
Kerjasama itu berkongsi visi, menggunakan AI untuk mengukuhkan sistem jagaan kesihatan, memupuk akses jagaan secara saksama dan menambahbaik hasil klinikal melalui penyelesaian penggunaan digital dibuat dalam konteks pelbagai demografi dan geografi.
Llamalitica akan menawarkan kepakaran dalam penggunaan AI yang direka khusus untuk persekitaran jagaan kesihatan.
Teknologi Llamalitica menyokong pembuat keputusan klinikal, mengurangkan beban pentadbiran dan menyelaras pergerakan pusat pesakit.
Ketua Pegawai Eksekutif SAIC, Profesor Patrick Then berkata, kerjasama itu mencerminkan hala tuju strategik Sarawak yang lebih luas iaitu merancang membawa perubahan secara sistematik dengan memperkenalkan AI serta teknologi lebih maju sebagai kunci utama kelestarian pertumbuhan ekonomi dan kecemerlangan digital.
Beliau berkata, fokus Sarawak untuk membina, ekosistem yang dibangunkan dengan inovasi AI yang boleh menyampai nilai pengukuran dalam perkhidmatan awam dan industri termasuk jagaan kesihatan.
Dengan mewujudkan kerjasama bersama rakan antarabangsa terkemuka seperti Llamalitica, Sarawak berhasrat mengukuhkan pertukaran ilmu pengetahuan, meningkatkan piawaian mutu dan daya saing produk AI di peringkat global dan membangunkan perkhidmatan di Sarawak.
Perkongsian itu akan mempercepatkan pembangunan bakat, memupuk inovasi dan memastikan penyelesaian AI Sarawak memenuhi tanda aras antarabangsa sambil menyampai perkhidmatan bermakna kepada masyarakat.
CEO Llamalitica, Dr. Frederic Llordachs sementara itu berkata, AI berpotensi besar dalam mentransformasi jagaan kesihatan dengan menyediakan kecerdasan sokongan kepada penjaga klinik dan meningkatkan jagaan, kecekapan dan kelestarian jagaan.
MoU itu, katanya, menandakan langkah penting ke arah peningkatkan jagaan kesihatan secara digital dan menyampai impak bermakna kepada masyarakat.
Pemeterian MoU itu melambangkan langkah ke arah cara AI boleh digunakan sebagai katalis yang memberi kesan kepada dunia iaitu mengukuhkan sistem jagaan kesihatan, meningkatkan mutu kehidupan dan membolehkan lebih banyak akses inklusif hingga ke perkhimdatan perubatan berkualiti tinggi kepada pelbagai masyarakat.
