KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Xing Weiping di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini.
Kunjungan tersebut memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan berhubung pelbagai perkara berkepentingan bersama, di samping membincangkan usaha memperkukuhkan hubungan sedia ada.
Pertemuan berkenaan turut mencerminkan hubungan erat antara Sarawak dan China yang telah terjalin sejak sekian lama.
Selain itu, pertemuan itu turut memperlihatkan komitmen kedua-dua pihak untuk menerokai potensi kerjasama baharu yang mampu memberi manfaat bersama dalam pelbagai bidang.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Datu Lester Matthew, Pengarah Unit Diplomasi Iklim dan Tenaga Sarawak (SACED), Ir. Dr Angelia Liew San Chuin serta Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), Mohamad Lotfi Tuah.
