“Sarawak tidak ada masalah jika PRN guna 82 kerusi” – Abang Johari

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan Sarawak tidak mempunyai masalah sekiranya jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masih menggunakan 82 pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Menurutnya, perkara berkenaan bergantung kepada tempoh dan keadaan semasa, termasuk masa yang ada sebelum PRN Sarawak.

“Bagi saya, tiada masalah, kalau 82, kita kekal 82.

“Kalau 99, kita ada 99. Tiada masalah,” katanya kepada media pada sidang media selepas majlis pecah tanah Regency Specialist Hospital Kuching di tapak projek Northbank, di sini, hari ini.

Sekiranya tempoh persediaan terlalu singkat, tegasnya pilihan yang ada menggunakan jumlah kerusi sedia ada.

Cadangan penambahan kerusi sebelum ini diluluskan DUN Sarawak, namun pelaksanaannya masih di peringkat Persekutuan.