SMK Lawas diserah kembali selepas siasatan kebakaran

LAWAS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyerahkan kembali Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas kepada wakil sekolah itu hari ini.

Sekolah terbabit ditutup dan diserahkepada JBPM untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kebakaran yang memusnahkan blok pentadbiran dan blok gedung ilmu sekolah itu Isnin lalu pada jam 11.36 malam.

Pegawai Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon Tujuh, Clarance D. Primus Tiandun menyerahkan surat serah milik semula premis SMK Lawas kepada wakil sekolah terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim berkata, mana-mana bangunan dan premis yang terbakar pihaknya akan ambil milik premis di bawah Seksyen 46 Akta 341 untuk tujuan siasatan dalam tempoh tujuh hari.

Turut menyaksikan penyerahan ialah Pegawai Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak, Gregory Kurung Suwen, dan Pegawai Operasi BBP Lawas, Ngo Avan.