STOLport Bebuling siap sepenuhnya, tingkatkan akses luar bandar

SPAOH: Projek pembinaan bernilai RM248.03 juta kini siap sepenuhnya apabila kemajuan fizikal projek mencapai 100 peratus setakat 30 April lalu.

Pencapaian itu membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan projek infrastruktur strategik luar bandar dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Timbalan Premier Sarawak, Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan STOLport Bebuling bagi meninjau perkembangan semasa projek tersebut.

Dalam lawatan itu, beliau turut diberikan taklimat terperinci berhubung status pelaksanaan projek, skop kerja utama serta pencapaian keseluruhan oleh pihak berkaitan.

Projek mega berkenaan merangkumi pembinaan landasan udara, laluan teksi, apron parkir pesawat, bangunan terminal, sistem saliran serta kemudahan utiliti lengkap.

Selain itu, kerja-kerja mekanikal dan elektrikal turut dilaksanakan bagi memastikan operasi lapangan terbang berjalan lancar serta memenuhi keperluan semasa pengguna.

STOLport Bebuling dijangka memainkan peranan penting dalam meningkatkan jaringan pengangkutan udara di kawasan luar bandar dan memudahkan hubungan dengan pusat ekonomi utama negeri.

Projek itu juga diyakini mampu merancakkan pertumbuhan sosioekonomi setempat menerusi peluang pelaburan, aktiviti perdagangan, sektor pelancongan serta mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti luar bandar.