Surau Al-Falah Taman Mesra Bako terima sumbangan peralatan

KUCHING: Surau Al-Falah Taman Mesra Bako di sini, menerima sumbangan peralatan 100 set kerusi dan lima set meja.

Sumbangan itu disampaikan secara simbolik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia merangkap Ahli Parlimen Santubong, Dato’ Sri Nancy Shukri menerusi Program Rangkaian KASIH NS.

Program Rangkaian KASIH NS merupakan salah satu inisiatif untuk membantu penduduk kampung dalam usaha meningkatkan taraf hidup melalui pelbagai bentuk sokongan seperti bantuan ekonomi, pendidikan serta penyediaan kemudahan asas.

Sumbangan tersebut diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh komuniti setempat dalam melancarkan pelbagai aktiviti kampung.