Tahniah, Azizul dapat undi tertinggi

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu ,Azizul Annuar Pehin Sri Adenan memenangi jawatan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2025-2029.

Beliau adalah Presiden Tekwondo Malaysia (WTF), mendapat undi tertinggi dalam pemilihan jawatan itu pada Mesyuarat Agung Tahunan MOM ke-44, di Kuala Lumpur, semalam.

Calon lain adalah Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM), Datuk Chong Kim Fatt, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan , Presiden Persekutuan Tinju Malaysia (PTM), Datuk Iruan Zulkefli , Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Gerard Monteiro.

Manakala, jawatan Presiden secara rasmi mengekalkan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria setelah menang tanpa bertanding bagi Penggal ketiga sejak 2018.

Manakala, Datuk Nur Azmi Ahmad yang juga Presiden Persatuan Karate Malaysia (MAKAF) memenangi jawatan Timbalan Presiden MOM.