Tiga projek utama DUN Kuala Rajang giat dilaksana, keselesaan penduduk diutama

KUALA RAJANG: Wakil jabatan bersama ketua kampung setempat mengadakan lawatan tapak ke tiga projek utama kawasan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang, di sini, baru-baru ini.

Projek terbabit ialah pembinaan baharu Surau Kampung Warisan, Jalan Pintas Akses ke SK Sentebu–Sarikei ByPass serta naik taraf Dewan Penghulu Adin, Sare sebagai pusat komuniti moden.

Wakil terbabit dari Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Pembangunan (PDS) dan N41 Kuala Rajang.

Lawatan itu bagi meninjau perkembangan terkini, memantau kualiti kerja serta memastikan kelancaran pelaksanaan projek, selaras komitmen kerajaan menyediakan kemudahan terbaik demi kesejahteraan penduduk.