TYT kurniakan Darjah, Pingat Kebesaran Negeri Sarawak

KUCHING: Seramai 150 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Pengurniaan dimulakan dengan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) disampaikan kepada 14 penerima antaranya Bujang Rahman Seli, Ezra Uda, Muhammad Dino Amid, Peleadzman Ahip, Tamida Da’adi, Dampa Long, Meehan Jorai, Petrick Linggie Taboh, Hamidah Halpi, Anne Anthony Lajinga, Caroline Chen Tze Yian, Dayang Morzanah Awang Haddy, Dorris Synia dah Rabiah Zaidan.

Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) dikurniakan kepada 20 penerima iaitu Angelico Francis Freddy Tiam, Awang Nazri Awang Saperi, Boggie Juntan serta yang lain diikuti 11 individu dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S).

Istiadat diteruskan lagi dengan 21 penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) manakala Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) dikurniakan kepada 43 individu.

Selain itu, seramai 41 penerima dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S).

Mengiringi Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi dalam majlis tersebut ialah isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan) Datuk Dr. Jerip Susil, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr. Juanda Jaya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Felicia Tan Ya Hua hadir sama. – UKAS