KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah merasmikan pembukaan padang sintetik di Arena Tun Tuanku Haji Bujang (AT2HB), kampus universiti itu, di sini, hari ini.
Menurut kenyataan UNIMAS, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit telah menyempurnakan majlis perasmian pembukaan padang sintetik bagi bolasepak dan ragbi terbabit.
“Padang sintetik pertama di Kota Samarahan ini diserahkan kepada AT2HB pada 23 Julai 2024 setelah pembinaannya selesai dan merangkumi padang bolasepak dan padang ragbi,”menurut kenyataan itu.
Perasmian padang ini juga diserikan dengan perlawanan bolasepak persahabatan antara Pasukan Pilihan Naib Canselor UNIMAS, Pasukan TVS, dan Pasukan Lagenda Ngap Sayot Sarawak.
