LAWAS: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari diminta terus memberi ruang kepada generasi muda menyumbang kepada kekuatan parti.
Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, pergerakan itu sekian lama menjadi tunjang kekuatan parti di kawasan tersebut.
Sehubungan itu, beliau mahu pergerakan ini terus maju dengan memberikan ruang kepada generasi muda wanita Lawas untuk terlibat sama menyumbang kepada kekuatan parti.
“Kita semua tahu sokongan paling padu sejak awal Parti PBB di Lawas ini banyak digerakkan oleh wanita,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Wanita Parti PBB Cawangan Bukit Sari Lawas di sini.
Henry Sum juga memuji pergerakan itu atas persefahaman dan semangat kerjasama tinggi yang wajar dicontohi pergerakan lain terutama Sayap Pemuda dan Belia.
Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita Cawangan Bukit Sari, Ajinajian Garip, Exco Sayap Pemuda Parti PBB, Steve Lius.
