KUCHING: Sebanyak 113 notis kesalahan di bawah Seksyen 47, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam, 2024 (Akta 852) dikeluarkan di Sarawak.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ia dikeluarkan sejak 1 Oktober 2024 sehingga 25 Januari 2025.
Notis itu membabitkan kompaun berjumlah RM27,750 dan dikeluarkan menerusi 823 operasi yang memeriksa sebanyak 18,010 premis seluruh Sarawak.
“Sebanyak 12,952 premis telah diberi amaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika selepas Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau “BeBAs”, di sini, semalam.
Pada sesi walkabout kali ini, pemeriksaan telah dijalankan melibatkan 22 premis makanan di sekitar kawasan makanan di TopSpot di sini.
Dari jumlah tersebut, sebanyak 14 premis makanan berjaya mendapat pengiktirafan premis “Bersih dan Selamat” (BeSS), dan kesemuanya mempunyai tanda larangan merokok.
