Month: December 2024

Masyarakat sejahtera matlamat KPWKK 2025

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWKK) akan terus komited dalam mewujud masa depan bagi wanita, kanak-kanak dan masyarakat mendapat sokongan, sumber serta peluang yang diperlukan. Menteri KPWKK, Dato’ Sri Fatimah Abdullah dalam kenyataan di sini berkata, visi kementerian untuk tahun 2025 untuk membina masyarakat sejahtera. Tahun depan KPWKK, katanya, akan melaksanakan […]

Jauhi sikap ekstrim -TYT

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengajak rakyat supaya cakna dan berwaspada terhadap risiko ancaman seperti jenayah siber, penyebaran berita palsu yang boleh menggugat keharmonian. Beliau berkata, rakyat jangan sesekali memilih bersikap ekstrim khususnya dalam melontarkan pendapatan di dalam medium sosial media sebagai contoh, kerana dikhuatiri boleh mengundang ancaman, […]

SABERKAS Cawangan Bakelalan, Bukit Sari menyantuni pesakit Hospital Lawas

LAWAS: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Bakelalan dan Bukit Sari menyantuni pesakit di Hospital Lawas, di sini, baru-baru ini. Program Ziarah Kasih 2.0 sempena Hari Natal dianjurkan bersama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Bahagian Limbang. Mereka dalam program itu menyantuni pesakit hospital di wad kanak-kanak, wad wanita, wad lelaki dan […]

Projek Bandar Selamat diperluas di Satok, tingkatkan keselamatan komuniti

KUCHING: Projek Bandar Selamat yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan diperluaskan di bandar raya ini pada tahun depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, ini termasuk di kawasan Satok dengan kemungkinan selepas ini di Jalan Haji Taha. “Projek ini membebaskan masyarakat dari rasa takut (terhadap jenayah) seperti menambah lampu […]

UNIMAS jadi rakan strategik MDEC dan PUNB

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dipilih sebagai rakan strategik Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Menurut kenyataan media UNIMAS, universiti itu dipilih sebagai rakan strategik eUsahawan Hab oleh MDEC yang bertujuan menggalakkan penglibatan usahawan komuniti sekitar UNIMAS dalam keusahawanan digital. Melalui pengiktirafan ini, segala maklumat latihan dan program anjuran […]

Projek Tebatan Banjir Maludam dijangka bermula 2025

MALUDAM: Kerajaan Sarawak meluluskan pembinaan Projek Tebatan Banjir Maludam yang dijangka bermula suku keempat tahun depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, projek bernilai RM40 juta di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) itu akan mengatasi masalah hakisan dan banjir di daerah kecil Maludam. “Maludam mengalami banjir hingga merosakkan tanaman […]

Fahami tujuan utama pemilihan kepimpinan Parti PBB

MUKAH: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus memahami tujuan proses pemilihan kepimpinan demi memperkasa dan menghidupkan semangat perjuangan parti. Timbalan Menteri Di Jabatan Premier (Undang-undang, MA63 Dan Hubungan Negeri Persekutuan) Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali berkata, proses pemilihan kepimpinan yang sedang berlangsung sekarang merupakan langkah penting untuk memperkukuh parti dan menjamin kelangsungan […]

Dapatkan nasihat Pejabat Daerah kawasan mohon projek SejaTi MADANI

LUBUK ANTU: Kerajaan Madani setakat ini sudah meluluskan lebih 1,000 projek Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) di Sarawak. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadilah Yusof berkata, keseluruhan nilai projek terbabit mencecah hampir RM200 juta. “Tahun depan, saya berharap lebih ramai yang sudah sedar tentang projek ini dan mula merancang, cuma saya mengharapkan janganlah semua […]

Sarawak tidak pentingkan diri, raih pendapatan secara sah

KUCHING: Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman menangkis khabar angin yang mengatakan Sarawak hanya mementingkan diri. Sebaliknya tegas beliau, kerajaan negeri berusaha meningkatkan pendapatan negeri secara sah, demi kebaikan rakyat Sarawak yang sudah lama dipinggirkan. “Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM15.8 bilion […]