SABERKAS Cawangan Bakelalan, Bukit Sari menyantuni pesakit Hospital Lawas

LAWAS: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Bakelalan dan Bukit Sari menyantuni pesakit di Hospital Lawas, di sini, baru-baru ini.

Program Ziarah Kasih 2.0 sempena Hari Natal dianjurkan bersama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Bahagian Limbang.

Mereka dalam program itu menyantuni pesakit hospital di wad kanak-kanak, wad wanita, wad lelaki dan pusat rawatan dialisis.

Exco SABERKAS Sarawak, Steve Lius berterima kasih kepada SABERKAS Cawangan Bukit Sari dan wakil jabatan yang terlibat dalam aktiviti itu dan
berharap dapat menjalankan lebih banyak program seumpama ini pada masa akan datang.

“SABERKAS Sarawak mempunyai program SABERKAS Prihatin yang bertujuan menyantuni golongan kurang bernasib baik,” tambahnya.

Katanya, ini merupakan pendekatan Saberkas untuk memperkasakan belia Sarawak agar sentiasa rapat dengan masyarakat di sekeliling.