DEBAK: Tradisi ‘Makan Ringgo Rayo’ terus diamalkan oleh masyarakat kawasan Saribas, di sini, sehingga kini. Ini merupakan tradisi kunjung-mengunjungi oleh rakan taulan dan masyarakat bertujuan memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan mereka. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, Makan Ringgo Rayo menjadi keistimewaan masyarakat Saribas yang diamal sejak […]
Jaga perpaduan, kerjasama kaum di Sarawak
LAWAS: Rakan media turut serta dalam usaha memaparkan mesej perpaduan dan kerjasama kaum rakyat Sarawak. Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, ini kerana ketika ini terlalu banyak informasi dipapar dalam laman sosial dari luar Sarawak yang tidak menjaga aspek perpaduan antara rakyat. “Jadi saya juga mahu agar rakan-rakan media kita sama-sama memaparkan mesej […]
Perkhidmatan bas percuma mungkin diperluas ke Bau, Borneo Highland
KUCHING: Perkhidmatan bas percuma mungkin akan diperluas ke kawasan Bau dan Borneo Highland yang kini sedang membangun terutamanya dalam sektor pelancongan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, selain itu kawasan Miri berkemungkinan akan menjadi daerah seterusnya memandangkan terdapat dua Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan […]
Keluarga rumah roboh Kampung Goebilt terima bantuan
KUCHING: Kejadian tragis menimpa penduduk Kampung Goebilt apabila lantai rumah mereka roboh baru-baru ini, meninggalkan kesan kepada keluarga yang terpaksa kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata. Dalam keperitan itu, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni menyampaikan bantuan kecemasan malam semalam, menghulurkan bantuan. Majlis penyerahan bantuan diadakan di Pusat Pemindahan […]
