KUALA LUMPUR: Dasar Peritoneal Dialysis (PD) First diperkenal Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memudahkan pesakit buah pinggang, terutama di luar bandar, mendapat rawatan lebih mudah dan konsisten. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, dasar fleksibel itu mengurangkan kebergantungan pesakit terhadap pusat hemodialisis di bandar utama. “Di Belaga misalnya, pesakit perlu menempuh perjalanan hampir empat […]
SMK Sematan terima peruntukan baik pulih dewan, gelangang sukan
LUNDU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan menerima peruntukan berjumlah RM500,000 bagi tujuan menaik taraf kemudahan sekolah tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang mengumumkan peruntukan itu untuk membaik pulih Dewan SMK Sematan dengan kerja pemasangan siling baharu serta membaiki gelanggang sukan. “Saya mahu pastikan anak-anak pelajar mendapat persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan […]
Tanggungjawab bersama capai sasaran tingkatkan keterjaminan makanan
SIMANGGANG: Sarawak menyasarkan pembangunan 14,000 hektar jelapang padi menjelang 2030 dalam usaha meningkatkan keterjaminan makanan negara. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, inisiatif ini dijangka melonjakkan pengeluaran beras kepada 450,000 metrik tan setahun, sekali gus meningkatkan tahap sara diri kepada 60 peratus dalam tempoh lima tahun. […]
Guru pakar Bahasa Melayu dari Singapura kunjungi FPBK UNIMAS
SAMARAHAN: Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerima kunjungan rombongan dari Akademi Guru Singapura, Kementerian Pendidikan Singapura, di sini, hari ini. Menurut kenyataan media UNIMAS, rombongan seramai 15 guru pakar Bahasa Melayu dari 14 sekolah rendah, menengah, institusi dan maktab itu diketuai oleh penyelaras Program Penyerapan Bestari 2025 UNIMAS, Muslim Hanafiah. […]
Sarawak buat kajian sistem, projek perintis penjana tenaga
PARIS: Sarawak melaksanakan kajian dan projek perintis bagi mencapai sasaran negeri ini menjana kapasiti tenaga mencecah 15 gigawatt (GW) menjelang 2035. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kajian terbabit ialah sistem Simpanan Pam Hidroelektrik (PSH) yang akan memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran itu. “Sarawak Energy kini sedang menjalankan kajian […]
Sarawak terokai peluang tingkatkan kapasiti pengeluaran hidrogen melalui teknologi Siemens Energy
BERLIN: Kerajaan Sarawak terus mengorak langkah sebagai peneraju tenaga hijau apabila menerokai potensi kerjasama strategik dengan Siemens Energy, syarikat gergasi tenaga global yang berpangkalan di Berlin, Jerman. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, lawatan ke ibu pejabat Siemens Energy membuka ruang baharu untuk Sarawak menimba pengalaman dan memanfaatkan teknologi canggih […]
Belia berjiwa patriotik bantu kegemilangan negara
SADONG JAYA: Belia perlu melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan jati diri agar mampu merebut peluang pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapi’ee berkata, pembangunan negara hanya dapat dipacu sekiranya generasi muda bersedia menjadi pemimpin berwawasan dan memiliki semangat patriotik yang kental. “Lengkapkan diri dengan disiplin serta nilai murni agar kita […]
Kuching diplih tuan rumah Kongres Persatuan Veterinar Unggas Dunia Ke-23
KUCHING: Kuching diumumkan sebagai bandar raya pertama di Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Kongres Persatuan Veterinar Unggas Dunia Ke-23 (WVPAC 2025). Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, acara berprestij itu akan memberi impak bukan sahaja kepada ekonomi negeri, malah terhadap masa depan pembangunan industri unggas negara. […]
Mobiliti hijau pacu aspirasi Sarawak capai status negeri maju 2030
KUCHING: Sarawak kini memberi tumpuan terhadap inovasi dan mobiliti hijau melalui pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) dalam usaha mencapai sasaran karbon sifar. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha ini sekali gus membuka peluang baharu untuk menjadikan Sarawak negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030. “Di seluruh […]
Jawatankuasa khas ditubuh bagi ekonomi bumiputera Sarawak
KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak komited memastikan kaum Bumiputera mencapai kemajuan serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan Sarawak dan negara. Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata ini dengan Kerajaan Sarawak menubuhkan Jawatankuasa Khas Majlis Ekonomi Bumiputera Sarawak. Katanya jawatankuasa ini berperanan menyelaras serta memantau perancangan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan Bumiputera di negeri […]
